Thursday 5 January 2012

BUDAK BUDAK MASA HADAPAN

semalam aku borak-borak dengan akak angkat aku, akak nadiah, dia sedang mengandung, dia cakap betapa risaunya perihal budak-budak zaman sekarang. bukan pasal kurang ajar dengan ibu bapa, suka mencuri atau apa. tapi perihal seks yang makin berleluasa.

Dia cakap pasal kes budak baru umur 12 tahun sudah buat three some dengan kawan-kawan. Umur 8 tahun sudah kantoi main. Ini gila ni. Sebab aku fikir, masa aku kecik-kecik dulu. Takda pon benda-benda macam ni semua jadi.

Jadi hasil perbincangan dengan akak aku, dan dengan hana. Aku keluarkan dengan beberapa konklusi. Sebab aku betul-betul risau.Serious, tak tipu. Termenung jugaklah aku memikirkan apa akan jadi pada budak-budak masa hadapan.

1. Bagi aku masalahnya ialah konflik. Konflik nafsu dan batasan. Nafsu yang membuak dalam diri kanak-kanak dicampur dengan batasan oleh masyarakat menjadikan perkara lebih teruk. Kira sebagai contoh, aku nak cium di khalayak ramai tak boleh, jadi aku cium di bawah tangga, jadi bila cium di tangga, takkan kiss je kot? Batasan masyarakat menjadikan nafsu lebih meluap-luap.

2. Jangan jadi bodoh. Aku tak cakap batasan tu salah. Nafsu tu yang salah.

3. Nafsu itu normal. Cara melepaskan nafsu yang mereka(budak-budak) belajar menjadi masalah. Terutamanya dari televisyen. Dan perangai ibu-bapa.

4. Asingkan tempat tidur, kalau boleh sejak dari umur satu tahun. Sebab kalau budak tu tidur sekatil dari kecik, sampai ke besar la dia tidur sama dengan mak bapak. Dah tu mak bapak pon buat projek. Nanti anak tengok. Bila kat tadika. Nak test dengan kawan-kawan.

Kononnya budak kecik tak paham. Yang tak paham tu lah kita takut.

5. untuk ibu bapa, Tunjukkan kasih sayang dengan percakapan. Bukan dengan perbuatan berunsur seksualiti. seperti berciuman, tepuk bontot atau memegang kemaluan di depan anak-anak yang masih kecil. Bukan sebab tak manis. Tapi bahaya.

6. Tv merupakan pengaruh terbesar. Potong astro. Astro hanya ada di bilik ibu bapa. Kat ruang tamu tengok tv1,

7. Yang paling penting kawalan. Aku sangat takut melihat kanak-kanak sekarang. Aku dengar jiran aku, budak kecik, borak-borak cerita pasal spender dan panggil kawan dia sebagai 'sarah bogel'. Aku rasa baru 4 tahun budak tu.

8. Aku teringat khutbah jumaat itu hari, "kalau kita tak peluk anak kita, orang lain peluk anak kita, kalau kita tak cium anak kita, orang lain cium anak kita"

9. Sayangilah anak anda, terutamanya yang masih kecik dan tak paham

No comments:

Post a Comment