Wednesday 21 December 2011

Wanita itu perlu malu


Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah & RasulNya tidak akan menggadaikan
maruah diri semata-mata mahu nampak moden & mengikut perkembangan semasa.
Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini &
ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu
kerana takutkan Allah.
Dalam Islam,sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak
kira sama ada wanita atau lelaki. 
Namun,wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga
maruah & memiliki sifat malu memandangkan 
wanita merupakan golongan yang lemah,
mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling 
ramai menghuni neraka.
Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Aku melihat ke dalam syurga,maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara
(orang-orang fakir) & aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan
penduduknya adalah wanita.”
 
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada
Ibnu Abbas & Imran serta selain kedua-duanya)
Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah wahai wanita?

No comments:

Post a Comment